Profil PID



Pusat Internet Desa (PID) ini merupaka inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Terletak bersebelahan pejabat pos terpilih diseluruh negara. Pada tahun 2004, sejumlah 42 lokasi PID telah beroperasi di seluruh negara termasuk PID Sungai Koyan.



Setiap PID telah dilengkapi dengan 5-10 unit komputer, 2-3 pencetak, pengimbas, kamera digital dan juga kemudahan internet jalur lebar dan penggunaannya adalah secara percuma.


Harapan KKMM dari pelaksanaan PID ini adalah untuk merubah tahap sosio ekonomi penduduk luar bandar terutamanya di kawasan terpencil di mana PID dapat menyedian peluang utnuk mempromosikan hasil keluaran/ perkhidmatan usahawan tempatan melalui laman-laman web yang dibangunkan oleh PID.

Selain itu, manfaat PID supaya komuniti luar bandar dapat menggunakan aplikasi Kerajaan Elektronik seperti ePerolehan, eLearning, dan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM dapat memohon kursus di IPTA/IPTS secara online.

Matlamat PID adalah:
Merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar
mempertingkatkan penetrasi komputer dan internet di luar bandar
mewujudkan peluang berasaskan ICT kepada komuniti luar bandar

Kursus yang ditawarkan secara percuma di sini adalah:
Asas Pengenalan Komputer
Pengenalan Internet
Pengenalan Aplikasi Windows
Pengenalan Aplikasi Microsoft Office
Pengenalan Web 2.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan