September 09, 2014

Bengkel Membaikpulih Dan Penyelenggaraan Komputer


Bermula pada bulan April tahun ini, PID Sg Koyan melangkah satu menawarkan satu bengkel baharu iaitu bengkel membaikpulih dan penyelenggraan komputer. 

Ini adalah bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar dan kesedaran serba sedikit kepada pengguna-pengguna komputer tentang cara-cara untuk membaikpulih dan penyelenggaraan komputer supaya mereka berupaya untuk mengenalpasti kerosakkan dan dapat menyelenggara komputer mereka sendiri dengan lebih baik.  

Modul pembelajaran semasa bengkel ini adalah Pengenalan Asas Kepada Komputer, Membaikpulih komputer (membuka dan memasang perkakasan komputer), Memformat Operasi Sistem Windows 7, Defragment Partition, Disk CleanUp dan Backup File.

Bengkel ini telah diadakan sepanjang bulan april ini dan dipecahkan kepada tiga sesi iaitu:
1. Sesi Pertama (8-9 April 2014) – Koperasi Peneroka Felda Sungai koyan, Felcra, Pejabat Felda Sungai Koyan, Pejabat UMNO Sungai Koyan.
2. Sesi Kedua ( 11&14 April 2014) – Pelajar GiatMara (Motor) Cawangan Cameron Highlands.
3. Sesi Ketiga ( 21-23 April 2014) – Pelajar GiatMara (Jahitan) Cawangan Cameron Highlands.

Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah En. Mohd Obaidullah bin Mohd Sabri, Juruteknik Zon Pahang dan Encik Mohamad Hayanuddin Asyraf bin Mazlin Sham iaitu pelajar praktikal jurusan Diploma Teknologi Komputer Sistem dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Shah Alam Selangor.

Sesi Pertama






Sesi Kedua( Motor)





 Sesi Ketiga (Jahitan)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan